Bestway Tours and Travel Sdn Bhd

3 Hari 2 Malam
Santubong

Bermula dari

RM1,390

Description

Pakej ini menawarkan semalam di Waterfront Hotel dan semalam di COVE 55, Santubong. Keindahan laut di Santubong tidak dapat ditandingi. Raikan pasangan anda dengan keindahan alam seumur hidup anda bersama yang tersayang.

Itinerary

Kami menyambut anda di Kuching International Airport, di bawa sarapan pagi.
DAY 1
Daftar masuk Waterfront Hotel (daftar masuk jam 3 petang). Mengembara di sekitar Bandaraya Kuching. santai-santai di Kuching Waterfront, bergambar di Giant Cat Monument, dan Darul Hana Bridge, kita boleh melihat keindahan DUN Sarawak dari sini.
5.00 Melayari Sarawak River Cruise/Royal Cruise [Tambahan bayaran RM70/pax]. Kapal ini akan melayari Sungai Sarawak sambil kita akan di sajikan dengan ‘refreshment dan tarian etnik Sarawak.
6.30 petang, kita akan singgah makan malam sebelum balik ke hotel.

Sarapan pagi tersedia di hotel penginapan. Pagi ini, setelah sarapan, kita akan menuju ke Sarawak Cultural Village. Dalam perjalanan, kita singgah di kedai Kek Lapis Sarawak, kita boleh menempah kek lapis dahulu di sini atau boleh terus membeli kek lapis sarawak untuk di bawa pulang nanti.
Setibanya di Kampung Budaya Sarawak, kita akan menyelami budaya dan etnik yang terdapat di Sarawak, dan akan di persembahkan tarian etnik, anda boleh menari bersama penari etnik di sini, juga boleh mencuba pakaian tradisi mereka. Juga terdapat rekabentuk rumah etnik di sini selain peralatan dahulu kala juga di pamirkan.
Kita akan di bawa makan tengahari di sekitar kawasan.
[Check in di 55 Cove Santubong bermula jam 3 petang]
Di sini, nikmatil kehijauan alam dan keindahan lautan, sesuatu yang menenangkan jiwa dan mententeramkan.
Nikmati kemudahan di sini, anda boleh berenang bersama yang tersayang. Kami akan meninggalkan anda di sini untuk memberikan privasi untuk anda merasai ‘alam’

Sarapan pagi tersedia di hotel anda.
12:00 tengahari, kami akan menjemput anda, kita akan menuju ke Semenggoh Orang Utan, di sini terdapat keluarga orang utan yang bebas berkeliaran dalam hutan, namun apabila masa makan mereka, orang utan ini akan datang untuk makan. Namun, jika musim buah, amat sukar untuk melihat orang utam untuk datang menjengah wajah mereka.
Jika ada masa lagi, kita boleh singgah untuk membeli belah. Kita akan menuju ke Kuching International Airport membawa memori yang indah di sepanjang berada di Kuching, Sarawak

Penghinapan

Cove 55 Santubong

Includes & Excludes

Navigate

Destinasi Lain

Berminat dengan destinasi lain?

Tidak jumpa apa yang anda cari?

Kami boleh ciptakan pakej custom untuk anda.