Bestway Tours and Travel Sdn Bhd

3 Hari 2 Malam Kuching, Sarawak

Bermula dari

RM399

Tentang pakej

Kami menawarkan 4 pilihan pakej Kuching. Pakej Kenyalang, penginapan di Telang Usan Hotel, Pakej Keringkan penginapan di  Grand Continental Kuching, Pakej Pua Kumbu di Harbourview Hotel dan Pakej Waterfront di Waterfront Hotel. Untuk info lanjut, silalah berhubung dengan kami.

Itinerary

Mengembara di sekitar Bandaraya Kuching, ‘berkenal-kenalan’ dengan sebuah bandaraya yang aman dan tidak sesibuk bandaraya lain. Kita akan melawat ke Darul Hana Bridge, KUCHING WATERFRONT, bergambar di Giant Cat Monument, tidak sah rasanya bagi yang datang ke Kuching tidak bergambar di sini-

Tentu kita sudah lapar ketika inl jadi langsung terus kita di bawa ke restaurant tempatan untuk makan tengahari. Menyambung kembara sekitar Kuching Waterfront, Gambir Street untuk membeli cenderahati produk tempatan

6 pm petang: Kita akan di bawa makan malam sebelum kembali ke hotel

Setelah sarap di hotel, kita akan di jemput dan menuju ke SERIKIN, Serikin terletak di sempadan Indonesia dan Sarawak, pelbagai barangan dari pakaian sehinggalah barangan dapur di jual di sini. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit jika dari bandaraya Kuching. Untuk makluman, Serikin hanya buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kita juga akan singgah ke. Tasik Biru jika berminat bermain aktiviti air seperti roda air/kayak)

Dari Serikin, kita di cadangkan singgah di Restaurant Serapi Corner untuk makan tengahari. Selepas menjamu selera, kita meneruskan perjalanan ke SEMENGGOH ORANG UTAN (Optional – bayaran tambahan) dan ‘bertegur sapa dengan beberapa ekor keluarga orang utan di sana. Sebelum balik ke bandaraya Kuching, kita singgah di KILANG KEDAI PASU SARAWAK di mana kita akan melihat keunikan pasu Sarawak di sini, sambil membeli produk tempatan di kedai ini.

Kita akan kembali ke Bandaraya Kuching dan singgah ke Kampung Melayu lama, di mana di sini terdapatnya tempat jualan KEK LAPIS SARAWAK, IKAN TERUBOK MASIN. Selain itu kita juga akan singgah di Medan Niaga Satok, di sini pelbagai produk tempatan boleh di perolehi termasuk ikan terubok masin.

6:00 petang: Kita singgah untuk makan malam di restaurant tempatan. Jangan risau, kami akan membawa anda semua ke tempat makanan halal dan sedap di Kuching

Setelah sarapan pagi di hotel, kami akan membawa ke satu lagi destinasi pelancongan wajib di Kuching, yakni
‘SARAWAK CULTURAL VILLAGE. Di sini anda boleh melihat ‘live performance’ kebudayaan Sarawak dari pelbagal etnik, dan melihat sendiri rekabentuk rumah etnik mereka. Jangan lepaskan peluang menari semasa Live Performance yal
Setelah Makan tengahari, kita akan menuju ke JONG’S CROCODILE FARM, selain buaya, pelbagal binatang lain juga ada di sini.
TBA. Menuju ke Kuching International Airport dan membawa kenangan yang indah di Bumi Kenyalang juga di kenali sebagai
Sarawak Darul Hana

Accommodation

Telang Usan Hotel
Grand Continental Hotel
Harbour View Hotel
Waterfront Hotel

Includes & Excludes

Navigate

Destinasi Lain

Berminat dengan destinasi lain?

Tidak jumpa apa yang anda cari?

Kami boleh ciptakan pakej custom untuk anda.